Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Sedia Hadapi Cabaran Era Digital, Global n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Sedia Hadapi Cabaran Era Digital, Global

UniMAP Sedia Hadapi Cabaran Era Digital, Global

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 27 Jun 2019 08:20

KANGAR, 27 Jun 2019 (Khamis) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan sedaya upaya cuba memastikan mahasiswa dan seluruh warga kerja akademiknya mempunyai pemikiran yang berkeupayaan untuk menghasilkan idea-idea baharu yang mampu mencabar fikiran logik sebagai salah satu langkah fleksibel dan sedia bagi mengharungi cabaran yang mendatang khususnya dalam era globalisasi dan digital.

Baginda bertitah, IPT secara umumnya dan mahasiswa sendiri tidak boleh lagi hanya mementingkan pencapaian dan kehendak diri sendiri tanpa berfikir tentang keadaan semasa negara dan realiti sebenar kehidupan masyarakat.

"Sebaliknya, gunakanlah ilmu, kemahiran, dan persahabatan yang telah terjalin untuk membina satu gagasan yang berperanan dalam mencorak masyarakat yang bertamadun, berdaya maju, dan sejahtera selaras dengan prinsip-prinsip sukarela yang telah diterapkan," titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi University of Yamanashi dari Kofu, Jepun di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor, Prof Dr R Badlishah Ahmad dan ketiga-tiga timbalan beliau.

Turut hadir di majlis bersempena ‘Riang Ria Aidilfitri @ UniMAP 2019’ yang dihadiri lebih 3,000 orang tetamu itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Kamarudin Hussin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga selaku Tuanku Canselor UniMAP turut menambah bahawa institusi pengajian tinggi pada masa ini menggalas tanggungjawab yang besar dalam menyediakan mahasiswa yang matang, kompeten, dan berintegriti bagi menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Delegasi dari negara ‘Matahari Terbit’ seramai empat orang tersebut diketuai oleh Presiden, Prof. Dr. Shinji Shimada dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Nobuhiro Kumada berada di negeri ini selama dua hari bagi menerokai peluang-peluang bagi memeterai penyelidikan serta kolaborasi baru secara bersama.

Turut berada di UniMAP semalam dan tidak melepaskan peluang untuk sembah mengadap ke atas baginda berdua ialah delegasi Pusat Bahasa dari Thammasat University, Bangkok, Thailand.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE