Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs Sasar Universiti Gah Di Persada Antarabangsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
KUIPs Sasar Universiti Gah Di Persada Antarabangsa

KUIPs Sasar Universiti Gah Di Persada Antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 14:20

KANGAR, 25 Jun 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada suatu masa nanti akan menjadi sebuah universiti penuh, diperkasakan kedudukannya, dikenali di peringkat antarabangsa dan menjadi tonggak utama dalam membudayakan ilmu serta syiar Islam di rantau ini.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Apresiasi Staf Kolej Universiti Islam Perlis ( KUIPs) 2018’ yang diadakan di Ants Hotel, Kangar petang tadi. 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Prof Emeritus Datuk Ir Dr Kamarudin Hussin dan Rektor, Datuk Dr Mohd Radzi Hj Othman serta para pegawai kanan universiti.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor turut menambah bahawa KUIPs perlu memiliki corak pengurusan yang terbaik termasuklah di dalam pemilihan kakitangan, latihan serta pentadbiran, kerjasama dalam pasukan, rakan strategik dalam dan luar negara yang ikhlas, pengurusan dari segi masa, tenaga dan sebagainya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga mahu kakitangan KUIPs diberikan latihan yang secukupnya agar mereka dapat menjalankan tugas dengan efisyen, cekap, yakin, bersistematik, bersedia dan lebih berimpak. Latihan komprehensif yang merangkumi aspek fizikal, jasmani, emosi dan intelek harus difikirkan dan diserapkan kepada setiap kakitangannya.

Majlis tersebut yang dihadiri 127 warga kerjanya itu turut disekalikan dengan ‘Sambutan Hari Raya KUIPs 1440H’.

Untuk rekod, pada ketika ini KUIPs mempunyai 735 orang pelajar di peringkat program persediaan bahasa, asasi, diploma dan ijazah termasuk 61 pelajar antarabangsa dari negara Thailand, India, Uzbekistan, Nigeria, Myanmar dan Indonesia. Terdapat juga permohonan pelajar antarabangsa dari Kemboja, Filipina, Yemen, Mesir, Pakistan, Palestin, Somalia dan Bukina Faso yang sedang diproses.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE