Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlu Istiqomah Tangani Gejala Sosial n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlu Istiqomah Tangani Gejala Sosial

Perlu Istiqomah Tangani Gejala Sosial

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Jun 2019 09:20

KANGAR, 25 Jun 2019 (Selasa) - Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan bahawa cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat serta kesabaran yang tinggi dalam menangani pelbagai kerenah pendidikan.

Titah baginda, masalah sosial yang dikaitkan dengan pelajar merupakan satu ‘cerminan diri’ terhadap apa-apa yang terjadi dan dilalui oleh para pelajar dan warga sekolah serta peranan masyarakat di sekitarnya.

Tambah baginda lagi, dewasa ini, kita sering diperdengarkan dengan pelbagai isu sosial dalam masyarakat yang membabitkan golongan remaja dan ianya menjadi satu bentuk kebimbingan yang serius kepada ibu bapa dan semua.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah peringkat SK Datuk Ahmad Musa dan SK Sungai Berembang’ yang diadakan di Masjid Darul Salam Padang Keria, Sanglang, Simpang Empat pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Dan Hartanah Mal (MAIPs), Mohd Nazri Md Rejab.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

Di majlis yang sama seramai 151 orang pelajar terpilih dari kalangan keluarga asnaf masing-masing menerima sumbangan agihan zakat berjumlah RM600 berjumlah penuh RM90,000 daripada pihak MAIPs.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE