MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU - Pupukkanlah budaya toleransi, kebersamaan, kekitaan dan disiplin yang tinggi di dalam diri pelajar, mendalami suruhan agama yang akan menjadi benteng yang kuat agar para pelajar tidak mudah dipengaruhi oleh budaya, amalan dan perkara-perkara yang tidak sihat di luar sana.
Pada masa yang sama juga, wujudkanlah keharmonian di persekitaran akademik khususnya di sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya untuk duduk dan belajar dengan harmoni, saling menghormati dan ini perlu dikekalkan sampai bila-bila.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah peringkat SMK Tengku Budriah Pauh, SK Pauh, SJK(C) Sin Min Pauh dan SK Tengku Budriah’ petang tadi.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Seramai 250 pelajar terpilih dari kalangan keluarga asnaf masing-masing menerima sumbangan agihan zakat sebanyak RM600 daripada pihak MAIPs bersempena majlis ini.