Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Isu Rohingya Sebagai Iktibar- Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

https://www.fapjunk.com bahis siteleri casino siteleri deneme bonusu veren siteler bahis siteleri nakliyat firmaları istanbul eşya depolama cialis cialis fiyat istanbul evden eve nakliyat deneme bonusu deneme bonusu deneme bonusu veren siteler İstanbul evden eve nakliyat evden eve nakliyat eşya depolama İstanbul depolama uluslararası evden eve nakliyat şehirlerarası evden eve nakliyat etiler evden eve nakliyat Kurtköy evden eve nakliyat Beşiktaş evden eve nakliyat ataşehir evden eve nakliyat florya evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat istanbul evden eve nakliyat ofis taşıma şehirler arası nakliyat eşya depolama bonus veren siteler slot siteleri güvenilir bahis siteleri şehirler arası nakliyat Deneme Bonusu Betz Deneme Bonusu Betz 1 Deneme bonusu veren siteler Bonus veren bahis siteleri Casino siteleri Freespin Yatırımsız deneme bonusu Freebet veren siteler Çevrimsiz deneme bonusu veren siteler Slot casino Deneme bonusu forum Bahisikayet.com Deneme bonusu Deneme bonusu veren siteler Bahis forum Forum bahis Bahis forumu Banko tahmin Sosyal içerik platformu
Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Jadikan Isu Rohingya Sebagai Iktibar- Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 07 Mac 2018 20:28


 

ARAU, 7 Mac 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan golongan muda di negara ini supaya menjadikan isu Rohingya sebagai pengajaran untuk golongan berkenaan keluar daripada zon selesa dengan mengambil sikap peduli, menghayati dan berusaha ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Baginda bertitah, semua pihak harus mengambil iktibar daripada penderitaan dan kesengsaraan etnik minoriti Islam Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar itu supaya menjadikan masyarakat di negara ini lebih mensyukuri nikmat keamanan, perpaduan, toleransi dan menghormati agama serta budaya kaum.

Titah baginda, golongan muda ini juga perlu sentiasa berusaha untuk sama-sama menjaga dan memelihara negara.

“Kita perlu ada rasa simpati, prihatin, mendoakan kebaikkan dan menggalas tanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, bangsa, agama, negeri dan negara.

“Kita juga perlu menyuburkan semangat cintakan tanah air dan rasa kekitaan yang ampuh selain menjadi individu bertanggungjawab yang menjaga kedaulatan, keselamatan, kerahsiaan dan kehormatan negara agar tidak dijajah lagi.

“Marilah berdoa agar kita tidak sekali-kali menerima nasib yang sama seperti masyarakat Rohingya yang disisih di bumi sendiri. Malah golongan muda khususnya tidak harus ketinggalan untuk turut bekerjasama dalam memperjuangkan kebebasan etnik Rohingya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau 2018 di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengetua SMK Arau, Azizah Mustafa dan ketua penyelaras program, Azuan Mohd Nasir.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Ghazali dan Setiausaha Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus.

Program anjuran YTSP itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bersempena program tersebut, Raja Muda Perlis turut berkenan menjenamakan dewan sekolah tersebut sebagai Dewan Sharifah Farah Adriana iaitu mengambil sempena dengan nama puteri kedua baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

avcılar nakliyat bahçeşehir nakliyat adalar nakliyat beyoğlu nakliyat sarıyer nakliyat kağıthane nakliyat florya nakliyat beylikdüzü nakliyat beykoz nakliyat ataşehir nakliyat şişli nakliyat Uluslararası evden eve nakliyat Turkey Blue Voyage