Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jauhi Rasuah, Raja Perlis Ingatkan Ketua-Ketua Jabatan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Jauhi Rasuah, Raja Perlis Ingatkan Ketua-Ketua Jabatan

/ Archive MAIPs / Tuesday, 06 March 2018 18:28

 

ARAU, 6 Mac 2018 (Selasa) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini supaya menjauhi diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah.

Baginda bertitah menarik perhatian dengan menyamakan perbuatan itu ibarat seketul barah yang mudah merebak dan dadah yang tidak mampu untuk dihentikan.

"Beta nasihatkan agar masing-masing mendapatkan rezeki melalui cara yang halal," titah baginda semasa majlis sembah mengadap memperkenalkan diri untuk berkhidmat oleh 13 orang ketua jabatan kerajaan yang baharu ke atas baginda dalam sesi kedua bagi 2018 di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir mengiringi baginda berdua ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan.

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya bertitah supaya pegawai-pegawai kerajaan itu sentiasa berpandangan jauh dalam setiap keputusan yang diambil untuk tindakan, tidak cuai dalam melakukan tugasan selain tidak menunggu lama untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

"Perkembangan dan proses pembangunan di negeri ini hendaklah dilaksanakan secara pantas supaya tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Saiz Perlis tidaklah besar dan setiap ketua jabatan saling mengenali. Jadi sila ambil nombor telefon atau berjalan sendiri ke jabatan dalaman atau ke luar untuk bertemu pegawai terlibat dan bantulah secara peribadi," titah baginda.

Baginda bertitah, turut mengingatkan ketua-ketua jabatan terbabit agar memberi nasihat kepada kakitangan mereka supaya tidak sewenang-wenangnya untuk menularkan sebarang perkara yang faktanya belum disahihkan.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE