Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Tahfiz Ulul Albab Modal Insan Berkualiti Tinggi, Profesional n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pelajar Tahfiz Ulul Albab Modal Insan Berkualiti Tinggi, Profesional

/ Archive MAIPs / Khamis, 01 Mac 2018 14:28

 

ARAU, 1 Mac 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengharapkan supaya setiap pelajar yang berpeluang terpilih untuk melalui program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Kementerian Pendidikan mampu menjadi modal insan yang berkualiti tinggi dan profesional.

Baginda bertitah, ini termasuk berupaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, berketrampilan, berwibawa serta berkepimpinan.

"Seterusnya beta berharap pelajar juga mampu memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif, mampu menjalinkan hubungan dengan Allah SWT, sesama manusia dan dengan kejadian alam, juga berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda.

Baginda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan program 'Titian Kasih Mega' Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, 2018’ di Dewan Al-Faizin sekolah itu di sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke pembuka tirai sesi pertama program itu bagi tahun ini disambut oleh Pengetuanya, Shakirah Ahmad; Ketua Penyelaras program, Kapten Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan.

Turut mengiringi baginda berdua ialah Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail.

Hadir sama seramai 504 orang pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sekolah TMUA yang baru sahaja memasuki tahun kedua program tersebut.

Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis itu memasuki tahun ke-11 dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis  (MAIPs).

Slogan program yang dipilih bagi tahun ini ialah 'Perlis Hebat-Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan'.

Untuk rekod, terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan daripada program TMUA kerana ia mengambil pendekatan al-Quran, ijtihad serta ensiklopedia yang juga merupakan satu proses transformasi dan proses penambahbaikan dalam sistem pendidikan di negara ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE