Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lepasan Sekolah Agama Mampu Jadi Teras Pembangunan Modal Insan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Lepasan Sekolah Agama Mampu Jadi Teras Pembangunan Modal Insan

/ Archive MAIPs / Wednesday, 28 February 2018 13:28

 

ARAU, 28 Feb. 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar sekolah lepasan agama mampu menjadi teras kepada pembangunan modal insan negara.

Baginda bertitah, mereka juga boleh berdaya saing di peringkat lokal dan global dalam pelbagai cabang ilmu sekali gus membantu membangunkan negara.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan sumbangan peruntukan tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi 2018 sebanyak RM150,000 untuk Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad Diniah.

Baginda turut menyerahkan sumbangan buku-buku rujukan, naskhah al-Quran dan peralatan sukan kepada Mudirnya, Abdullah Shafie.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Pada masa sama, Tuanku Syed Faizuddin turut merasmikan Galeri Warisan & Kaligrafi hasil Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelancaran ‘Sudut Bacaan Al-Faizin’ di Musolla Al-Irfan di sekolah tersebut.

Sekolah tersebut yang pertama ditubuhkan pada 1936 hasil daripada sumbangan zakat semasa era pemerintahan Almarhum Raja Syed Alwi Jamalullail dibina di atas sebidang tanah milik MAIPs dan kerajaan negeri.

Sekolah itu telah melahirkan ramai tokoh terkenal negara seperti pendakwah, Allahyarham Datuk Nordin Ismail, Allahyarham Datuk Harun Din Al-Hafiz serta adindanya, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selain ahli akademik seperti Datuk Mahamud Abdul dan juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE