MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KUALA LUMPUR, 4 Feb.2018 (Ahad) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima kunjungan mengadap hormat oleh Ketua Pengarah Jabatan Perindustrian dan Ekonomi Kerajaan Fujairah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed O. Majed Al Aleeli di Hotel Intercontinental di sini, petang semalam.
Sheikh Mohammed tiba di ibu negara awal pagi semalam bagi menghadiri 'UAE-Malaysia Business & Investment Forum (UMBF) 2018 yang akan diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Februari.
Menteri Ekonomi UAE, Sultan Saeed Al Mansoori mengetuai delegasi dari UAE yang melibatkan program penuh padat sepanjang dua hari tersebut yang akan turut mencakupi aktiviti 'Business Matching' dan perbincangan dalam topik Perbankan dan Kewangan Islam, Tenaga bersih dan boleh diperbaharui, pemindahan teknologi, infrastruktur-perlabuhan, zon bebas dan pengangkutan, hartanah, pedagangan halal dan juga francais dan peruncitan.
Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pernah mendapat penghormatan menyampaikan titah ucaptama diraja bersempena 'Pameran Pendidikan Dan Kerjaya Antarabangsa Fujairah' di Fujairah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2016.
Sumber daripadaUtusan Online