Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis ketuai delegasi Eks PerBah 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan, tengah) berkenan merakamkan gambar bersama selepas mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan, tengah) berkenan merakamkan gambar bersama selepas mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Raja Muda Perlis ketuai delegasi Eks PerBah 2025

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 11 March 2025 10:39

KUDAT: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat berangkat tiba bagi mengetuai lawatan kerajaan negeri ke Sabah (Eks PerBah) 2025 selama empat hari bermula, semalam.

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Muhammad Ikhwan Ghulam Jelani dan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Mastina Ibnu Hassan.

 

Baginda diiringi sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Rahimi Ismail, Penasihat Undang-Undang negeri, Yang Zaimey Yang Ghazali serta dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri iaitu Muhammad Azmir Azizan dan Mohd Ridzuan Hashim.

 

Turut serta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sewaktu memulakan lawatannya, Tuanku Syed Faizuddin berkenan mengadakan kunjungan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, di sini.

 

Di samping itu, baginda juga berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Masjid Ibnu Battuta Pangkalan TLDM.

 

Program lawatan tahunan itu bertujuan untuk memberikan sokongan institusi raja serta negeri Perlis bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan untuk meningkatkan moral dan semangat kepada pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas di perbatasan negara.

 

Hubungan kerajaan negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dapat dieratkan dalam menyokong usaha jiwa murni dan titian kasih khususnya terhadap penduduk Sabah yang berada di kawasan gerakan pasukan keselamatan.

 

Pelaksanaan program ini saban tahun juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan pelaksanaan serta cabaran tugas gerakan pasukan keselamatan di sempadan perairan negara kepada ketua-ketua jabatan dan agensi serta pihak swasta yang menyertai lawatan ini.

 

Delegasi dari Perlis juga akan melaksanakan tugas-tugas amal bersama rakyat negeri Sabah melalui beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa lokasi terpilih.

 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE