Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Op Pasir kekal relevan selepas 25 tahun

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Op Pasir kekal relevan selepas 25 tahun

Op Pasir kekal relevan selepas 25 tahun

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 10 March 2025 13:39

Pelaksanaan Op Pasir kekal relevan walaupun sudah berjalan hampir 25 tahun susulan insiden penculikan tebusan di Pulau Sipadan dan Pandanan Semporna pada 2000.

 

Baru-baru ini Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni pasukan keselamatan, di sini, menerusi Program Eksesais Perlis-Sabah 2025 (Eks Perbah), di Kudat

Keberangkatan tiba baginda di Marina Jetty disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim.

 
Menerusi lawatan itu, baginda berkenan mengunjungi pos di Pulau Balambangan dengan diiringi sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
 

Selepas itu, baginda ke Pulau Malawali yang menempatkan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Sabah.

 

 

Dalam lawatan sama, baginda juga berkenan ke Pulau Jambongan yang turut menempatkan Pos ATM dengan melibatkan kerjasama kawalan keselamatan di perairan tanah air daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

 

Selain itu, Tuanku Raja Muda turut menyampaikan sumbangan kepada setiap petugas di pos berupa peralatan harian untuk keselesaan pegawai dan anggota yang bertugas.

 

Antara sumbangan lain diberikan adalah seperti peralatan mandian, sistem lampu solar, televisyen, tangki air, buku, chest freezer, mesin rumput, karpet surau dan pelbagai lagi dengan kerjasana Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Baginda turut berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat di pulau-pulau berkenaan dan menyelami kehidupan mereka di sana.

 

Sebagai rekod, Eks PerBah merupakan program cetusan Tuanku Syed Faizuddin Putra bermula sejak tahun 2003 sebagai tanda sokongan moral buat anggota keselamatan yang bertugas di sempadan perairan negara di Sabah.

 

Mengakhiri lawatan, delegasi Eks PerBah turut singgah di Balai Polis Karakit dan berkesempatan meninjau ke kawasan sekitar Pulau Banggi.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE