Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TNB sumbang zakat RM1 juta kepada MAIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
TNB sumbang zakat RM1 juta kepada MAIPs

TNB sumbang zakat RM1 juta kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 03 March 2025 08:32

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan Zakat Perniagaannya Bagi Tahun 2023 berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Binjai, Utan Aji.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menerima mock cek tersebut daripada Pemangku Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB, Ir. Dr. Mohamad Fadzil Mohd Siam yang mewakili syarikat GLC berkenaan.

TNB turut membuat sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Masjid Jamek Kampung Binjai tersebut.

 
Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail  disambut oleh Pengurus Besar TNB Negeri Perlis dan Kedah, Wan Ishak Soed dan Ketua Retail TNB Negeri Perlis, Azian Alias.
 

Dalam majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berterima kasih kepada pihak TNB dan memaklumkan bahawa meskipun pembayaran zakat ini sudah menjadi rutin, namun ia mempunyai signifikan yang amat besar dalam pembangunan ummah, negeri dan juga negara.

 

 

Di majlis yang sama, MAIPs turut menyalurkan Sumbangan Agihan Zakat bernilai RM105,000 kepada 150 orang penerima yang terpilih dari kalangan anak kariah Kampung Binjai seramai 75 orang dan 75 lagi dari Kampung Sentua yang disampaikan sendiri oleh Baginda berdua.

 

Setiap asnaf menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700 daripada pihak MAIPs, dengan tambahan RM100 daripada pihak TNB, menjadikan jumlah keseluruhan RM800 pada kali ini.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar hubungan erat antara TNB dan Perlis terus berkekalan, seterusnya memberi manfaat besar kepada masyarakat negeri ini.

 

Baginda juga berharap agar pihak TNB terus berperanan sebagai rakan strategik yang setia dalam usaha membangunkan negeri Perlis ke arah kecemerlangan dan daya saing yang lebih tinggi.

 

FOTO

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE