Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amanah syariah islamiah harus jadi teras tindakan MAIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Amanah syariah islamiah harus jadi teras tindakan MAIPs

Amanah syariah islamiah harus jadi teras tindakan MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 24 February 2025 09:24

KUALA PERLIS 22 Feb. – Setiap inisiatif yang dilaksana dan diagendakan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mestilah menjurus kepada membela asnaf, membangunkan ummah, dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat, sebagaimana yang diamanahkan oleh ‘syariah Islamiah’.

 

Pada masa yang sama, setiap usaha ke arah pengurusan berprestasi tinggi memerlukan komitmen yang berterusan terhadap inovasi dan profesionalisme. Dalam dunia yang kian mencabar ini, kita perlu bijak memanfaatkan teknologi, meningkatkan kecekapan, dan mengukuhkan integriti supaya MAIPs terus relevan dan menjadi model kepada institusi Islam yang lain.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kuala Perlis baru-baru ini.

 
 

 

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Kayuhan amal yang dianjurkan oleh MAIPs ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

 

Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan turut menyertai kayuhan ini bagi memastikan inisiatif murni ini melibatkan pelbagai pihak serta memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangkan kadar asnaf di Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan sendiri sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih iaitu Itam Arshad, 83 tahun dari Kampung Tanah Baru, Hashim Ayub, 73 tahun dari Kampung Terus Teritip dan Abidin Hassan, 65 tahun dari Kampung Belakang Kilang.

 

Setiap asnaf menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah.

FOTO

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE