Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kemiskinan Bukan Sesuatu yang Harus Diwariskan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kemiskinan Bukan Sesuatu yang Harus Diwariskan – Raja Muda Perlis

Kemiskinan Bukan Sesuatu yang Harus Diwariskan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Februari 2025 10:24

Kangar – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa kemiskinan bukan sesuatu yang harus diwariskan, sebaliknya perlu dihentikan melalui usaha bersepadu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Baginda bertitah demikian sempena majlis sumbangan zakat yang turut dihadiri oleh delegasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari ibu pejabat Kuala Lumpur bersama-sama dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan di Masjid As-Sakinah, Padang Melangit, baru-baru ini.

 

Dalam titah, baginda menegaskan kepentingan pendidikan sebagai elemen utama untuk memutuskan kitaran kemiskinan.

 

“Pelaburan dalam pendidikan adalah jalan terbaik untuk memastikan generasi masa depan tidak lagi terperangkap dalam lingkaran kemiskinan. Semua pihak perlu berganding bahu dalam menjayakan matlamat ini,” titah Tuanku Raja Muda Perlis.

 

 


Raja Muda Perlis menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam kalangan Anak Kariah Padang Melangit

 

 

Delegasi PTPTN diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid bersama-sama dengan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Wan Zawiah Abu Bakar.

 

Manakala, delegasi Yayasan Pelajaran MARA tersebut diketuai oleh Zainal Rashid Zakaria, Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Dana bersama-sama dengan Abdul Shukor Ibrahim, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan; Noor Azri Zainuddin, Pegawai Bahagian Pembangunan Dana dan Noor Aznira Mohamad Azmi, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Perlis.

Terdahulu, Program Harapan Kasih PTPTN bersama-sama dengan Yayasan Pelajaran MARA telah dilaksanakan, dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kampung Gial, Mata Ayer. Program tersebut turut merangkumi aktiviti Ziarah Kasih kepada para penerima Bantuan Bulanan anak angkat PTPTN yang melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA di Perlis. Inisiatif ini bertujuan memberikan sokongan moral dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

 

Sempena program tersebut juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan sebanyak RM700 secara tunai kepada setiap penerima. Seramai 75 orang penerima terdiri daripada Anak Kariah Padang Melangit dan 75 orang lagi dari Anak Kariah Kampung Belukar, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM105,000 yang diagihkan oleh MAIPs bagi edisi kali ini.

Para asnaf yang terlibat turut berpeluang menjalani saringan kesihatan secara percuma dan mendengar ceramah ‘Jauhi Najis Dadah’ daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ daripada pihak MAIPs yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Sumber: Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE