Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sikap terbuka, saling menghormati tonggak keharmonian beragama – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sikap terbuka, saling menghormati tonggak keharmonian beragama – Raja Muda Perlis

Sikap terbuka, saling menghormati tonggak keharmonian beragama – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Februari 2025 10:21

SALAH satu faktor utama yang dapat menyumbang kepada keharmonian beragama adalah sikap terbuka dan saling menghormati antara penganut agama yang berlainan. Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai perbezaan ini, kita sebagai umat Islam diajar untuk tidak melihat perbezaan sebagai penghalang, tetapi sebagai kekuatan.

 

Dengan sikap saling menghormati, kita bukan sahaja memelihara keharmonian dalam masyarakat, tetapi juga membuka ruang yang lebih luas untuk berbincang, memahami dan menghargai perbezaan tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Chinese New Year Luncheon Gathering’ syarikat Mygres Ceramiche Sdn Bhd yang diadakan di Hyatt Place, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

 
 

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Urusannya, Datuk Wira Vincent Lye dan isteri, Datin Wira Melissa Chung.

 

Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Wira Vincent sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini yang bukan sahaja sekadar perayaan malah merupakan simbol kebersamaan, kemakmuran dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuklah persembahan tarian naga dan tarian singa serta upacara menggaul ‘Yee Sang’, pertunjukan silap mata dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE