MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU – Kolej Pakar Perubatan Malaysia kini dalam perancangan untuk memperluaskan ‘Program Saringan Percuma Melibatkan Fungsi Hati Khusus Buat Asnaf Dan Golongan Yang Kurang Berkemampuan di Negeri Perlis’ serta Rakyat Perlis secara umumnya melalui saringan kesihatan peringkat komuniti’.
Saringan awal ini telah dilaksanakan pada tahun 2024 melibatkan 2,987 orang asnaf di negeri ini melalui program ‘MAIPs Peduli’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha meningkatkan kesedaran tahap kesihatan awam.
Penyakit hati berlemak telah dikenal pasti sebagai pembunuh senyap dalam kalangan rakyat Malaysia dan masih banyak yang tidak didiagnosis dalam populasi. Pengenalpastian awal dan rawatan melalui saringan meluas adalah disarankan supaya dapat diperhebatkan.
Asnaf yang terpilih akan menjalani ‘Fatty Liver Disease (FLD) Screening’ dan ‘Hepatocellular Carcinoma (HCC) Risk Stratification’ serta saringan kesihatan dalam usaha mengesan dan mencegah masalah seperti hati berlemak yang merupakan salah satu faktor menyumbang kepada penyakit kanser hati.
Inisiatif ini, yang akan dijalankan secara perintis di Perlis, akan menjadi contoh unggul untuk diikuti oleh negeri-negeri lain.
Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/a68e48bd-b523-4875-9808-847ba59bbe8b-1024x682.jpeg 1024w, https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/a68e48bd-b523-4875-9808-847ba59bbe8b-768x512.jpeg 768w, https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/a68e48bd-b523-4875-9808-847ba59bbe8b-1536x1023.jpeg 1536w, https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/a68e48bd-b523-4875-9808-847ba59bbe8b.jpeg 1600w" sizes="auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px" style="padding: 0px; margin: 0px; list-style: none; border: 0px none; outline: none; box-sizing: border-box; max-width: 100%; height: auto; contain-intrinsic-size: 3000px 1500px;">
Sumber: Suara Merdeka