Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Atase Agama Malaysia ditawar Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Rakyat Perlis di Indonesia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali (kanan) di Jakarta. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali (kanan) di Jakarta.

Atase Agama Malaysia ditawar Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Rakyat Perlis di Indonesia

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 03 Februari 2025 15:13

KUALA LUMPUR: Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali ditawarkan menjadi Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Perlis di Indonesia.

 

Tawaran pelantikan berkenaan dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) selaras dengan Subseksyen 28 (3) berkaitan Pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2006.

 

Perkara itu dikongsi oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena persinggahan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Jakarta.

 
 

Baginda berdua dalam penerbangan pulang dari Palembang, Indonesia. Turut berangkat anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

MAIPs berkata, rakyat Malaysia yang datang ke Indonesia harus memanfaatkan ruang keakraban itu untuk lebih memahami budaya atau memiliki kearifan setempat agar kebersamaan yang ada dapat dikekalkan dan diperkuat dengan keharmonian berpanjangan.

 

"Apa yang penting, segala urusan dapat dilakukan dengan mengikuti peraturan dan persyaratan yang ditetapkan.

"Hubungan istimewa yang sekian lama terjalin sama ada dalam bidang keagamaan, pendidikan, perdagangan bahkan kekeluargaan haruslah menjadi kayu ukur untuk Malaysia dan Indonesia sentiasa rukun dan toleran dalam menghargai perbezaan dan mensyukuri kekuatan yang ada.

 

"Dalam bidang agama, kita boleh bekerjasama mempromosikan pendekatan Islam yang sederhana sebagai wadah penyatuan umat Islam kepada dunia luar dengan semangat serantau sebagai kekuatan," katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE