Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs peruntuk lebih RM9 juta untuk bantuan persekolahan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs peruntuk lebih RM9 juta untuk bantuan persekolahan

MAIPs peruntuk lebih RM9 juta untuk bantuan persekolahan

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 20 January 2025 09:53

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM 9,065,700 untuk Bantuan Persekolahan MAIPs Bagi Tahun 2025.

 

Jumlah tersebut akan disalurkan kepada 5,073 orang pelajar Sekolah Menengah, 38 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat, 7802 orang pelajar Sekolah Rendah dan 38 orang pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Masing-masing yang terpilih akan menerima RM700 bagi setiap pelajar di negeri ini.

 

 

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin dalam majlis yang diadakan di Surau Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra.

 

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh AMMK Pendidikan Negeri, Muhammad Azmir Azizan; Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Hadir sama bagi menerima Cek Cura masing-masing ialah wakil-wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk Sekolah-Sekolah Agama, Majlis Guru Besar untuk Sekolah Rendah, dan Majlis Pengetua untuk Sekolah Menengah.

 

Titah Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua, MAIPs sentiasa prihatin terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini. Justeru, saban tahun MAIPs akan menyalurkan Bantuan Persekolahan untuk dimanfaatkan oleh ribuan pelajar di seluruh negeri Perlis. Adalah diharapkan agar bantuan ini dapat memberikan semangat serta pemangkin kepada kecemerlangan anak-anak pelajar yang dikasihi.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menasihatkan agar, jadikanlah bantuan ini sebagai inspirasi untuk terus berusaha keras dan gunakanlah ia dengan sebaiknya.‘Jadilah generasi yang bersyukur dan membawa perubahan positif, bukan hanya untuk diri sendiri, bahkan keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negeri dan juga negara’ terang Baginda.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE