Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KEMAS komited pastikan anak-anak dapat pendidikan asas berkualiti

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
KEMAS komited pastikan anak-anak dapat pendidikan asas berkualiti

KEMAS komited pastikan anak-anak dapat pendidikan asas berkualiti

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 17 January 2025 09:31

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) komited untuk terus menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik, inklusif, dan menyeronokkan bagi memastikan anak-anak kecil mendapat asas pendidikan dan nilai yang kukuh.

 

Melalui program TASKA, inisiatif ini bukan sahaja memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik, tetapi juga memperkasa pembentukan sahsiah, nilai murni, dan asas pembelajaran yang kukuh dengan kerjasama dan sokongan padu pelbagai pihak, termasuk ibu bapa, komuniti setempat, serta agensi-agensi berkaitan.

 

Hasil didikan yang teliti daripada pendidik-pendidik TASKA, ibu bapa dan penjaga dalam memberikan perkhidmatan, penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan pelaburan terbaik untuk masa depan.

 

 

Tanggungjawab ini tidak mudah, tetapi dedikasi semua pihak adalah asas kukuh untuk membina generasi pewaris negara yang cemerlang.

 

Demikian dipersembah maklumkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Haji Zairuddin Mat Zuini kepada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Majlis Apresiasi TASKA KEMAS Negeri Perlis Tahun 2024 yang diadakan di Tasoh Lake Resort, Kaki Bukit, Perlis.

 

 

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Pengarah KEMAS Negeri Perlis, Mohamad Zaki Ismail.

 

Zairuddin dalam ucapan aluan menyatakan, majlis ini adalah manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha gigih serta komitmen tinggi warga TASKA KEMAS Negeri Perlis dalam meraikan anak-anak TASKA KEMAS yang berusia 4 tahun pada 2024 yang melibatkan 168 orang pelajar dan 64 orang guru.

 

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS itu, sebagai agen penggerak, pendidik, penghubung dan pembangunan sosio-ekonomi serta sosio-politik masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar, peranan warga KEMAS adalah sangat signifikan sejak penubuhannya pada tahun 1961 untuk memenuhi jangkaan dan keperluan masyarakat serta kehendak kerajaan masa kini.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua yang telah memberi kerjasama erat kepada TASKA KEMAS Negeri Perlis sepanjang tahun 2024 serta kepada semua barisan jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus dalam memastikan penganjuran majlis ini berjalan dengan lancar.

 

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan pengurniaan sijil kepada pelajar dari Tabika Parlimen Padang Besar, Tabika Parlimen Arau dan Tabika Parlimen Kangar.

 

Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menyaksikan pengurniaan sumbangan Yayasan MyPrihatin yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhd Al-Bazli Bakar dan Etiqa Family Takaful Berhad (ETIQA) yang diwakili oleh Ketua Pengurusan Shariah, Ahmad Mushidi Ahmad Mukhtar kepada 6 orang pelajar yang mewakili Tabika KEMAS Kampung Paya, Tabika KEMAS Alor Tampang, ⁠Tabika Taman Hijran, Tabika KEMAS JKR, Tabika KEMAS PPAK Arau 1 dan Tabika Simpang Empat.

 

Yayasan MyPrihatin telah menjalinkan kerjasama bersama Etiqa Family Takaful Berhad (ETIQA) dan Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA) Negeri Perlis akan menyerahkan kelengkapan persekolahan berupa baju seragam sekolah dan beg sekolah kepada wakil pelajar TABIKA KEMAS Negeri Perlis.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE