Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kangar Tuan Rumah Perlis International Sunnah Convention 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Kangar Tuan Rumah Perlis International Sunnah Convention 2025

Kangar Tuan Rumah Perlis International Sunnah Convention 2025

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 17 January 2025 09:28

Bangkok – Kangar akan menjadi tuan rumah Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025 yang bakal berlangsung dari 24 Januari hingga 27 Januari 2025 di Dewan 2020 Kangar.

 

Bertemakan “Quran: The Divine Guidance”, konvensyen ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai penaja utama.

Konvensyen ini yang merupakan sebuah platform berprestij untuk mengupas isu penting dan memperkukuh hubungan global melalui diskusi ilmiah turut mendapat kerjasama daripada pelbagai organisasi antaranya The Straight Path Convention, Dakwah Corner dan Merdeka Times.

 

PISC 2025 bakal menjadi medan pertemuan kira-kira 23 ulama dan cendekiawan Islam terkemuka dari seluruh dunia serta menjanjikan wacana yang penuh ilmu dan inspirasi.

 

Antara tokoh yang bakal terlibat termasuklah Dr. Zakir Naik (India), Sheikh Shady Alsuleiman (Australia), Dr. Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Abdur Raheem Green (United Kingdom), Dr. Ahmed Saifuddin dan Sheikh Assim al-Hakeem (Arab Saudi), Dr. Omar Suleiman, Dr. Waleed Basyouni serta Sheikh Yusuf Estes (Amerika Syarikat) selain Dr. Bilal Philips (Kanada).

 

“PISC 2025 ini merupakan peluang keemasan untuk mendalami kefahaman tentang Al-Quran serta memperkukuh ukhuwah sejagat.”

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan MAIPs ketika berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Restoran Noree Thai Cuisine, Khlong Sam Wa, Bangkok, Thailand bersempena dengan program Ziarah Mahabbah MAIPs baru-baru ini.

 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika melancarkan Promosi Masakan Perlis di Restoran Noree Thai Cuisine, Khlong Sam Wa, Bangkok, Thailand.

 

Baginda diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh pemilik restoran tersebut, iaitu Stith Meesanthan dan Noree Runsook.

 

Turut hadir ialah Menteri Cularaja atau Syeikhul Islam Thailand, Syeikh Arun Boonchom Muhammad Jalaluddin Hussin dan Imam merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Bangkok, Syeikh Samai Charoenchang.

 

Promosi masakan yang dianjurkan oleh pihak restoran dengan kerjasama MAIPs, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) ini bertujuan untuk mengetengahkan warisan kulinari Perlis, iaitu masakan kurma daging kepada masyarakat Bangkok dan juga antarabangsa melalui hidangan istimewa ini yang mencerminkan cita rasa asli Perlis.

Perlis Food Promotion selama dua minggu di restoran berkenaan bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan masakan tradisional Perlis malah dapat mengukuhkan hubungan budaya dan ekonomi antara Perlis dengan pelbagai negara termasuklah Eropah, Asia dan Timur Tengah. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan rata-rata pengunjung menyatakan minat untuk mencuba lebih banyak menu masakan Perlis pada masa hadapan.

 
 
Sumber: Dewan Tamadun Islam

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE