MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR 14 Jan. – Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis di Kangar akan dibuka pada waktu malam bagi mengelakkan cuaca yang panas di siang hari serta pelbagai aktiviti akan dijalankan yang dinamakan ‘Pasar Terapung Larut Malam Kangar’.
Inisiatif JPS Perlis ini bertujuan sebagai penyediaan menghadapi musim panas yang dijangka bermula daripada bulan Januari dan mungkin berlarutan sehingga bulan April atau Mei tahun ini.
Koperasi JPS Perlis (KOPESA) turut akan memainkan peranan bagi memastikan Pasar Terapung ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, alam sekitar yang terpelihara dan keselamatan pelancong terjamin.
Infrastruktur Pasar Terapung ini juga akan ditambah baik dan dinaik taraf dalam masa terdekat dengan menambah bilangan perahu yang sedia ada bagi mengekalkan identiti Pasar Terapung JPS Perlis.
Antara infrastruktur dan premis niaga yang sedia ada di lokasi tumpuan para pelancong ke negeri ini termasuklah 10 unit bot niaga, 5 unit khemah niaga, 7 unit gerai makanan, 7 kiosk cenderahati, 4 buah pulau kecil yang dilengkapi pagar dan ‘artificial carpet grass’ pada permukaan pulau dan Mini Zoo.
Maklumat tersebut dipersembahmaklumkan oleh Pengarah JPS Perlis, Amir Budiman Abdullah kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika keberangkatan Baginda ke Pasar Terapung tersebut sempena program MAIPs Peduli di sekitar Kangar baru-baru ini.
Baginda turut dipersembahkan kek hari ulangtahun ke 57 yang disambut baru-baru inj.
Idea asal pewujudan Pasar Terapung di lokasi kolam di Kompleks JPS Kangar ini adalah daripada Tuanku Raja Muda sendiri sebelum dibawa naik ke peringkat seterusnya atas faktor lokasi yang strategik di Kangar bersebelahan dengan Denai Larian Pengkalan Asam, berada dalam kawasan pejabat JPS untuk faktor keselamatan, kawalan, kemudahan asas dan penyelenggaraan serta kolam yang mana paras air adalah terkawal berbanding di tepi laut atau sungai yang mempunyai pasang surut.
https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/083c4d8c-6eae-44d3-9055-f8f837c362f6-1-1024x682.jpeg 1024w, https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/083c4d8c-6eae-44d3-9055-f8f837c362f6-1-768x511.jpeg 768w, https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2025/01/083c4d8c-6eae-44d3-9055-f8f837c362f6-1.jpeg 1080w" sizes="auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px" style="padding: 0px; margin: 0px; list-style: none; border: 0px none; outline: none; box-sizing: border-box; max-width: 100%; height: auto; contain-intrinsic-size: 3000px 1500px;">
Sumber: Suara Merdeka