Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Banjaran Nakawan Antara Tarikan Pelancongan Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Banjaran Nakawan Antara Tarikan Pelancongan Perlis

Banjaran Nakawan Antara Tarikan Pelancongan Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 January 2025 12:32

Kunjungilah negeri Perlis sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026 yang akan datang nanti.

 

Antara lokasi menarik di Perlis yang dikongsi sama dengan Thailand ialah Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia sepanjang 36 kilometer yang terbentuk daripada batu kapur formasi ‘Setul’ yang difahamkan berusia lebih 480 juta tahun.

Banjaran Nakawan merupakan salah satu komponen terpenting bagi Perlis Geopark yang telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 9 November 2023 yang lalu.

 

Pelbagai pengisian aktiviti juga telah pernah dilaksanakan dari masa kesemasa sebelum ini di banjaran tersebut bahagian Perlis termasuklah aktiviti penanaman pokok, Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau, Kem Biodiversiti, Bengkel Sayangi Hutan, bengkel peralatan muzik tradisional, denai interpretasi, jualan pokok ubat-ubatan, pokok orkid, pameran agensi kerajaan serta NGOs, persembahan Malam Nakawan Rainforest Festival, Deuter Camp & Hike serta pelbagai aktiviti pertandingan melibatkan orang awam atau pengunjung di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat

Demikian menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis yang diadakan bersempena ‘Ziarah Mahabbah MAIPs 2025’ ke Wilayah Ranong di Restoran Roimee Halal Food : Muslim Grill Beef and Halal Steamboat, Bang Non, Mueang Ranong, Thailand baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi disambut oleh pemilik restoran tersebut iaitu Roimee Hayeeasae dan ahli-ahli keluarganya.

 

Turut hadir sama adalah Gabenor Wilayah Ranong, TYT Suphot Phutikiatkhajorn serta

perwakilan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman dan Majlis Agama Islam Ranong.

Program yang dianjurkan oleh pihak restoran selama dua minggu dengan kerjasama MAIPs, YTSP Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Restoran Miza Kampung Gial Perlis ini bertujuan bagi mempromosikan keunikan hidangan ‘Kurma Daging Perlis’ yang merupakan salah satu masakan tradisional Perlis sebagai salah satu daya tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025. Hidangan ini menggunakan rempah asli dan daging lembu berkualiti yang akan ditampilkan sebagai menu khas di Restoran Roimee Halal Food, Ranong yang terkenal dalam menyediakan hidangan halal.

 

Pelancaran ini juga akan memperkukuhkan lagi hubungan gastronomi antara Perlis dan 6 Wilayah Andaman di Selatan Thailand ini selain memartabatkan warisan kulinari tempatan.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE