Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis adakan pertemuan dengan Syeikhul Islam Thailand

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis adakan pertemuan dengan Syeikhul Islam Thailand

Raja Muda Perlis adakan pertemuan dengan Syeikhul Islam Thailand

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 09 January 2025 11:04

BANGKOK, 8 Januari- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengadakan pertemuan dengan Menteri Cularaja atau Syeikhul Islam Thailand, Syeikh Arun Boonchom Muhammad Jalaluddin Hussin di Masjid Kamalulislam, Khlong Sam Wa, Bangkok.

 

Beliau yang juga Chularatchamontri atau Chula Rajamontri ialah ketua hal ehwal Islam dan para penganutnya di Negara Thai selaku Mufti pemberi nasihat utama mengenai bidang agama kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan Thailand.

 

Pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs di Bangkok dan Ranong, Thailand.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Syeikh Arun memaklumkan pertemuan ini terus memperkukuhkan lagi hubungan baik antara negeri Perlis dan Thailand.

 

Beliau juga memaklumkan bahawa kebanyakan penduduk di kawasan sekitar masjid yang dikunjungi Tuanku Syed Faizuddin mempunyai hubungan sejarah yang berketurunan asal dari Perlis dan Kedah yang memperkuatkan lagi silatulrahim dan keakraban dengan masyarakat setempat.

 

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada Masjid Kamalulislam sebanyak RM2,000 yang akan digunakan bagi sebarang aktiviti keagamaan dan mengimarahkan masjid tersebut.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE