Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rektor UiTM Perlis juara golf DYTM Tuanku Presiden

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Rektor UiTM Perlis juara golf DYTM Tuanku Presiden

Rektor UiTM Perlis juara golf DYTM Tuanku Presiden

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 07 January 2025 11:27

Rektor UiTM Cawangan Perlis, Dr. Ahmad Nizan dengan 51 mata muncul sebagai Juara keseluruhan dalam Kejohanan Golf Merebut Piala DYTM Tuanku Presiden 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar.

 

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Penaung DiRaja dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Presiden KGP Perlis berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Tengahari dan Penyampaian Hadiah yang diadakan di rumah kelab berkenaan seusainya pertandingan yang berlangsung selama dua hari melibatkan 79 peserta dari dalam dan juga luar Perlis.

Kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama dan sumbangan pelbagai agensi, individu serta penaja utama iaitu Richiamo Coffee ini membuka tirai kalendar pertandingan bagi tahun 2025 sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 serta Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dianjurkan oleh Kelab Golf Putra Perlis

 

Kejohanan pada tahun ini menawarkan 5 kategori iaitu Medal A, Medal B, Gross dan Senior Golfer serta Undangan VIP.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada Juara Keseluruhan serta para pemenang bagi kategori Medal A iaitu Alif Ikhwan sebagai juara, M. Zukri di tempat kedua, dan Hairul Azril Ahmad di tempat ketiga.

 

 

Para pemenang bagi kategori lain pula ialah Zairi Hafizi (Medal B – 46 mata), Norizlan Abdullah (Senior Golfer – 40 mata) dan SAC Datuk Sukri Karman (VIP – 45 mata).

 
 



 




 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE