Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 6 fokus utama dikenalpasti MAIPs laksana agihan secara holistik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
6 fokus utama dikenalpasti MAIPs laksana agihan secara holistik

6 fokus utama dikenalpasti MAIPs laksana agihan secara holistik

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Januari 2025 12:33


 



 



 



 



 

 


2 JAN. 2025, Pengurusan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengenalpasti enam fokus utama yang diberikan perhatian dalam melaksanakan agihan secara holistik.

 

Inisiatif-inisiatifnya adalah Peningkatan Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Perumahan Dan Penempatan, Kesihatan Dan Taraf Hidup, serta Pembangunan Amilin.

 

MAIPs berharap ia dapat dilaksanakan oleh seluruh warganya dengan lebih produktif, lebih bersedia, lebih segar dan terus bermotivasi dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh MAIPs di sekitar Chuping, dekat Padang Besar baru-baru ini.

 

MEMBANTU DAN MENYALURKAN

 

Kayuhan amal yang dianjurkan oleh MAIPs ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

 

Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan turut menyertai kayuhan ini bagi memastikan inisiatif murni ini melibatkan semua peringkat serta memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangkan kadar asnaf di Perlis.

 

Raja Muda merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Sapayah Yaakub, 75, dari Kampung Paya Kelubi, Zarina Yaacub, 52 juga dari kampung sama dan Mat Jusoh Salleh, 77, dari Kampung Berangan.

 

BANTUAN WANG TUNAI

 

Mereka setiap seorang menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah.

 

Di akhir program Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meluangkan masa singgah melawat Dewan Serbaguna K3 Bukit Keteri yang baru sahaja siap dinaiktaraf dan dikendalikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). –

 

 

Oleh: Sholina Osman

Sumber: Jendela Madani 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE