Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru lebih banyak syarikat korporat santuni rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tuanku Syed Faizuddin bersama Farah (dua dari kiri), Syaiful Rizal (empat dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan bakul rezeki pada Program Jelajah Sinar Untuk Rakyat pada Sabtu. Tuanku Syed Faizuddin bersama Farah (dua dari kiri), Syaiful Rizal (empat dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan bakul rezeki pada Program Jelajah Sinar Untuk Rakyat pada Sabtu.

Raja Muda Perlis seru lebih banyak syarikat korporat santuni rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Januari 2025 12:27

BESERI - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru lebih banyak syarikat korporat dan pertubuhan mengikut jejak Sinar Harian serta Yayasan Bank Rakyat turun padang membantu rakyat yang memerlukan.

 

Baginda bertitah, program Jelajah Sinar Untuk Rakyat membuktikan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat bukan hanya tanggungjawab individu atau organisasi, bahkan juga tanggungjawab bersama sebagai satu komuniti yang saling menyokong.

 

 

"Saya amat gembira apabila tirai tahun 2025 yang baru dibuka empat hari ini, kita meraikannya dengan program komuniti yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim rakyat, bahkan turut memanjangkan bantuan kepada golongan memerlukan," titah baginda pada Sabtu.

 

Tuanku Syed Faizuddin
Tuanku Syed Faizuddin

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan merasmikan program Jelajah Sinar Untuk Rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk setempat di Masjid Jamek Beseri di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin dan Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

 

Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan program Jelajah Sinar Untuk Rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk setempat di Masjid Jamek Beseri pada Sabtu.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan program Jelajah Sinar Untuk Rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk setempat di Masjid Jamek Beseri pada Sabtu.

 

Menurut baginda, ceramah motivasi yang diselitkan dalam program tersebut kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan adalah satu usaha murni bagi meningkatkan keyakinan serta membolehkan pewaris negara ini meneroka potensi diri masing-masing.

 
Sumber: Sinar Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE