Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Idea baharu diperlukan selesai krisis makanan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Idea baharu diperlukan selesai krisis makanan

Idea baharu diperlukan selesai krisis makanan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Januari 2025 12:25

KANGAR – Dunia masa kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dan krisis dalam isu pertanian dan usaha bagi menanganinya perlu dipertingkatkan dengan idea-idea baharu bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

 

Kewujudan peluang kemahiran dan kurikulum yang intensif dalam sektor sewajarnya diberikan tumpuan terutamanya di setiap peringkat.

Kajian serta inovasi dalam bidang agroteknologi dan akuakultur pula perlu dijalankan dari masa ke semasa selari dengan teknologi dan data yang terkini agar hasil pertanian dapat dipertingkatkan dengan kualiti yang lebih baik dan jangka masa yang lebih pendek seterusnya memenuhi keperluan pasaran.

 

 
 

Pihak bertanggungjawab wajar memainkan peranan dalam memastikan  prasarana yang kondusif, peningkatan kemajuan sektor pertanian, usaha kajian dan inovasi dalam bidang ini serta memastikan para petani melengkapkan diri mereka dengan ilmu sains dan teknologi yang terkini.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sumbangan MAIPs Peduli yang diadakan di Masjid Nurul Iman Kurong Batang Nesam dekat Kangar baru-baru ini.

 

Majlis sumbangan ini juga merupakan aktiviti mingguan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.

 

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada MAIPs kepada 70 orang penerima yang merupakan anak kariah terpilih daripada masjid berkenaan.

 

Asnaf yang terpilih pada edisi kali ini menerima bantuan wang tunai sebanyak RM 700, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan ceramah berkisarkan menjauhi najis dadah dan ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan pihak MAIPs. RM49,000 disumbangkan oleh MAIPs pada kali ini.



 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE