Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Januari 2025 10:46

CHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengenal pasti enam fokus utama yang diberikan perhatian dalam melaksanakan agihan holistiknya.

 

Antara inisiatif yang digariskan termasuk Peningkatan Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Perumahan Dan Penempatan, Kesihatan Dan Taraf Hidup serta Pembangunan Amilin.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam melaksanakan enam fokus utama itu, setiap warga kerja MAIPs perlu lebih produktif, lebih bersedia, lebih segar dan terus bermotivasi dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

Demikian titah baginda ketika mengetuai Program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Chuping.

 

Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada tiga orang asnaf yang terpilih di Kampung Paya Kelubi dan Kampung Berangan.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE