Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelbagai program anjuran Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia cawangan Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelbagai program anjuran Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia cawangan Perlis

Pelbagai program anjuran Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia cawangan Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Disember 2024 15:22

ARAU – Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti Program Jom Qurban 2024, Ziarah Bermotor Asyraaf 2024, Sumbangan Ramadhan dan Kerusi Roda, Program Kubur Bersih Makam DiRaja Arau dan juga beberapa aktiviti lain di sekitar Perlis pada tahun 2024.

 

Persatuan ini mempunyai lima cawangan di negara ini termasuklah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010.

 

Demikian maklumat dipersembah maklumkan oleh Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Perlis), Syed Khairil Azri Sayid Hizar Al-Haddad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu sesi sembah mengadap oleh persatuan itu di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

 

 
 

Turut hadir sama adalah Timbalan Yang DiPertua persatuan tersebut iaitu Syed Amir Fatir Syed Akhir Al-Saggaf.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan agar sebarang persatuan di negeri ini terus menjalankan usaha murni menyantuni dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan masyarakat setempat kerana aktiviti sebegini bukan sahaja mampu merapatkan ukhwah malah berupaya mencegah aktiviti tidak bermoral terutamanya najis dadah.

 

 

 

 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE