Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat berbilang kaum perlu faham latar perbezaan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masyarakat berbilang kaum perlu faham latar perbezaan – Raja Muda Perlis

Masyarakat berbilang kaum perlu faham latar perbezaan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 26 Disember 2024 10:18

25 DIS. 2024. Dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum, usaha memahami latar perbezaan harus dijadikan asas untuk mendekatkan jarak yang memisahkan.

 

Perbezaan agama, ras, dan budaya bukanlah halangan, sebaliknya ia perlu diraikan demi memperkukuh perpaduan.

 

Masyarakat diseru agar menerapkan nilai saling memahami, menghormati, dan berintegrasi dalam setiap lapisan sebagai pemangkin kepada keharmonian sejagat.

 

HIJRAH MINDA MAIPs

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan program Hijrah Minda MAIPs yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Barakah Jelempok, Arau Perlis.

 

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Baginda bertitah, perpaduan yang kukuh bermula daripada kesediaan untuk memahami dan menerima perbezaan.

 

YANG MEMPERKAYAKAN HUBUNGAN

 

“Kita harus menjadikan perbezaan ini sebagai keindahan yang memperkayakan hubungan sesama manusia,” titah Baginda.

 

Sempena program tersebut, Tuanku Raja Muda merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyerahkan bantuan MAIPs kepada seramai 20 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Jelempok yang menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang.

 

MAIPs mengagihkan zakat sebanyak RM14,000 pada sesi kali ini. 

 

 

Oleh: Sholina Osman

Sumber: Jendela Madani

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE