Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wujudkan lebih banyak perkhidmatan kesan awal penyakit jantung – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Wujudkan lebih banyak perkhidmatan kesan awal penyakit jantung – Raja Muda Perlis

Wujudkan lebih banyak perkhidmatan kesan awal penyakit jantung – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 26 December 2024 10:09

23 DIS. 2024. Wujudkan lebih banyak pusat perkhidmatan khususnya pemeriksaan awal terhadap pesakit yang menunjukkan tanda-tanda atau berisiko menghadapi penyakit jantung.

 

Sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai menjalani saringan kesihatan, perkhidmatan ini boleh ditawarkan secara percuma melalui mekanisma-mekanisma yang proaktif.

 

Pusat-pusat kesihatan juga perlu sentiasa mengemaskini dan berkongsi maklumat terkini berkaitan keadaan kesihatan pesakit masing-masing.

 

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu tentang tahap kesihatan mereka.

 

MENGAMBIL LANGKAH AWAL

 

Secara tidak langsung, mereka akan dapat mengambil langkah awal menjaga kesihatan dan memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menghadiri kursus ‘Heartsaver CPR AED’ di Golden Lounge, Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings, Prof Datuk Dr Mohamed Ezani Md Tail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi IJN, Datuk Sri Dr. Azhari Rosman.

 

Turut serta dalam kursus menggunakan kurikulum American Heart Association (AHA) dan Fakulti CPR IJN berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri-puteri Baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

 

MAMPU MERAGUT NYAWA

 

Kursus tersebut dikendalikan oleh Pakar Perubatan Kecemasan IJN, Dr. Farina Mohd Salleh berkenaan serangan jantung dan henti jantung serta perbezaan kedua serangan ini yang mampu meragut nyawa jika tanpa bantuan dan tindakan yang pantas sewajarnya.

 

Dr. Farina turut berkongsi penerangan dan teknik-teknik bagi menjalankan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) bagi dewasa, bayi, penggunaan Defibrilator luaran automatik (AED) serta teknik yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi tercekik bagi dewasa dan juga bayi.

 

Dalam perkembangan lain pula Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis beserta anakanda-anakanda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah, Hajah Sharifah Farah Adriana, dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail menzahirkan ucapan selamat bergembira bersama seisi keluarga kepada semua rakyat Perlis yang menyambut Hari Krismas pada 25 Disember 2024 tidak kira di mana sahaja mereka berada dengan harapan semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus segar dan sentiasa dipertambah baik sesama masyarakat di negeri ini. 

 

Oleh: Sholina Osman

Sumber: Jendela Madani

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE