Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Fasiliti Kesihatan Kerajaan Perlu Lebih Peka – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Fasiliti Kesihatan Kerajaan Perlu Lebih Peka – Raja Muda Perlis

Fasiliti Kesihatan Kerajaan Perlu Lebih Peka – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 23 December 2024 13:12

Dunia tanpa sempadan pada waktu ini, kemajuan bidang perubatan yang sangat cepat dan keperluan pengubatan yang semakin kompleks, kekurangan sumber terutama anggota dan peralatan menyebabkan industri kesihatan berdepan dengan cabaran yang sangat besar.

 

Sehubungan itu, bagi menanganinya, penggiat industri kesihatan terutama di fasiliti kesihatan Kerajaan perlu lebih peka dan sentiasa menyusun strategi yang berkesan dalam memberikan perkhidmatan optimum kepada masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs kepada golongan asnaf yang terdiri daripada 20 orang penerima dari anak kariah Padang Besar Selatan, 70 orang penerima dari anak kariah Simpang Ampat dan 70 orang penerima lagi dari anak kariah Bongor Kudong.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Firdaus Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

Asnaf yang terpilih pada edisi kali ini menerima bantuan wang tunai sebanyak RM70 setiap seorang, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan ceramah berkisarkan menjauhi najis dadah dan ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan MAIPs.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE