Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Santuni Masyarakat Muslim di Satun, Thailand

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Santuni Masyarakat Muslim di Satun, Thailand

Raja Muda Perlis Santuni Masyarakat Muslim di Satun, Thailand

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 20 December 2024 10:59

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyantuni masyarakat Muslim di Wilayah Satun, Thailand dalam kunjungan yang penuh bermakna.

 

Lawatan pada kali ini bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara masyarakat Muslim di Perlis dan Satun serta menyokong pembangunan aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di kawasan tersebut.

 

Dalam kesempatan itu, Tuanku Raja Muda berkenan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM2,000 kepada Masjid Darul Jannah Satun, yang terletak berhadapan pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Satun.

 

 
 

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan yang dirancang oleh pihak masjid.

 

Selain itu, Baginda turut berkenan menyerahkan  sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Agama Miftahul Jannah Ban Khuan, Satun, yang diterima oleh mudir sekolah tersebut, Haji Mamood Yatikul bin Haji Sujok.

 

Dana tersebut akan membantu pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan agama dan kemudahan pembelajaran.

 

Turut mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor; Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf dan Hartanah MAIPs, Mohd Nazri Rejab; serta Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris.

 

Kunjungan ini mencerminkan keprihatinan berterusan Tuanku Syed Faizuddin Putra  terhadap masyarakat Islam serantau, khususnya dalam menyokong usaha memartabatkan agama dan memperkukuhkan ukhuwah Islamiah. – SM

 

GALERI



 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE