Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Warga kerja swasta, awam harus usaha beri khidmat terbaik kepada masyarakat – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Warga kerja swasta, awam harus usaha beri khidmat terbaik kepada masyarakat – Raja Muda Perlis

Warga kerja swasta, awam harus usaha beri khidmat terbaik kepada masyarakat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 19 December 2024 15:47

Setiap warga kerja sesebuah organisasi baik awam mahupun swasta hendaklah berusaha untuk mengasah bakat, meningkatkan kemahiran, dan menambah ilmu secara berterusan demi memastikan keupayaan masing-masing memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan untuk diri sendiri dan majikan, seterusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, agama, bangsa, negeri dan juga negara.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kg Panggas, Chuping baru-baru ini.

Kayuhan amal ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

 

 
 

Usaha ini merupakan acara mingguan yang dijalankan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi Negeri dan juga Persekutuan dalam usaha membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan dan menambah baik kehidupan mereka dan keluarga.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Abu Seman Husim, 72 tahun dari Kampung Panggas Kecil, Hamzah Idris, 65 tahun dari Kampung Baru Panggas dan Mohd Rejab Ismail, 86 tahun dari Kampung Panggas Besar.

 

Mereka masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi menampung keperluan harian sekeluarga.

Sempena program tersebut Baginda turut berkenan singgah melawat Panggas Village Homestay sebagai tanda sokongan kepada kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

 

 

GALERI FOTO

 



 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE