Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniSIRAJ tawar 28 program prasiswazah, pascasiswazah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
UniSIRAJ tawar 28 program prasiswazah, pascasiswazah

UniSIRAJ tawar 28 program prasiswazah, pascasiswazah

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 17 December 2024 15:41

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menawarkan 28 program melibatkan peringkat pengajian pra siswazah dan pascasiswazah. Sehingga kini, 18 program pengajian telah mendapat kelulusan Akreditasi Penuh (FA) oleh MQA. Selain itu, terdapat peningkatan pelajar pasca siswazah dalam program Sarjana dan PHD serta ada pelajar program Doktor Falsafah yang telah lulus dalam sesi Viva Voce. Ini membuktikan UniSIRAJ yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sentiasa memastikan standard dan kualiti program itu berada pada tahap yang tinggi.

 

UniSIRAJ yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar baharu pada tahun 2024 dengan peningkatan sebanyak 14.21% berbanding tahun 2023. Statistik enrolmen kemasukan pelajar ini membuktikan bahawa UniSIRAJ semakin dipercayai sebagai salah satu IPT baru yang menawarkan pelbagai program yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kangar baru-baru ini.

 

 
 

Kayuhan amal ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

 

Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan turut menyertai kayuhan bagi memastikan inisiatif murni ini melibatkan semua pihak serta memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangkan kadar asnaf di Perlis.

 

Tuanku Raja Muda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada sesi ini iaitu Azizudin Syam Mat Noor, 50 tahun dari Kampung Tok Kandang, Khairuddin Karim, 54 tahun dari Kampung Tok Paduka dan Hasni Abu Bakar, 62 tahun dari Kampung Bakau.

Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah.

 

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah melawat Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sumbangan wakaf MAIPs dan juga Laman Woodball Dataran Datuk Sheikh Ahmad Majlis Perbandaran Kangar.

GALERI FOTO

 



 




 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE