Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru semua pihak berusaha jadikan institusi agama sebagai institusi unggul yang mampu menyumbang kepada ummah dan negeri

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis seru semua pihak berusaha jadikan institusi agama sebagai institusi unggul yang mampu menyumbang kepada ummah dan negeri

Raja Muda Perlis seru semua pihak berusaha jadikan institusi agama sebagai institusi unggul yang mampu menyumbang kepada ummah dan negeri

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 17 December 2024 15:20

Bersama-samalah menjadikan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan semua agensi agama di negeri ini sebagai institusi unggul yang mampu memimpin dan menyumbang secara signifikan kepada ummah, selaras dengan prinsip-prinsip Islam dan aspirasi negeri.

 

 

Dahulukan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi atau kumpulan demi memastikan kelangsungan kecemerlangan.

Pada masa yang sama angkatlah martabat dan kedudukan MAIPs sebagai agensi induk yang bertanggungjawab terhadap penetapan dasar hal ehwal Islam, dengan memastikan setiap tindakan sejajar dengan dasar dan aspirasi MAIPs.

 

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan MAIPs Peduli di Masjid Ameer Fawwaz Sungai Baru, Simpang Ampat baru-baru ini.

 

Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada anak-anak Kariah dari golongan asnaf di negeri ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM700 setiap seorang secara tunai melibatkan 70 orang penerima daripada anak kariah Sungai Baru dan 70 orang lagi dari anak kariah Sungai Berembang dengan jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs pada kali ini bernilai RM98,000.

 
Para asnaf yang terlibat juga berpeluang untuk menyaring kesihatan secara percuma. Penerima juga akan dikongsikan dengan ceramah jauhi najis dadah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ dari pihak MAIPs.



 


 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE