Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis tinjau kawasan banjir

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis tinjau kawasan banjir

Raja Muda Perlis tinjau kawasan banjir

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 02 December 2024 10:55

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau untuk meninjau keadaan mangsa banjir di kawasan tersebut.

 

Keberangkatan Baginda disambut Ketua Polis Daerah (OCPD) Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi, dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud. Baginda turut dipersembahkan taklimat oleh OCPD Arau mengenai operasi pemindahan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), APM, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Kesihatan, RELA, dan beberapa agensi lain.

Menurut taklimat tersebut, dua PPS telah dibuka di kawasan Arau, iaitu di SK Arau dan SK Guar Nangka. PPS ini menempatkan 71 keluarga dengan jumlah keseluruhan 234 mangsa yang terjejas akibat banjir.

 

 
 

Dalam lawatan itu, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa peralatan solat kepada Pengarah APM Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud. Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, ketika menyerahkan sumbangan tersebut. Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada mangsa semasa berada di pusat pemindahan sementara itu.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mangsa banjir terus terpelihara. Baginda menekankan kepentingan kerjasama erat antara agensi dan sukarelawan untuk menghadapi situasi bencana dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

 

 

 


 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE