Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Banjir, jumlah penduduk terjejas di Perlis hampir 500 orang

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Banjir, jumlah penduduk terjejas di Perlis hampir 500 orang

Banjir, jumlah penduduk terjejas di Perlis hampir 500 orang

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 29 November 2024 16:02

KANGAR, 29 November- Hingga 10.00 pagi ini, jumlah penduduk terjejas banjir yang berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 489 orang, berbanding 415 orang pukul 12.00 tengah malam tadi.

 

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud, PPS yang diaktifkan itu ialah Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Arau serta Dewan Warisan Kangar.

 

"PPS SK Arau kini mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 175 orang daripada 54 keluarga dari tujuh buah kampung sekitar Arau.

 

"Manakala PPS SK Titi Tinggi yang menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Titi Tinggi Hilir dan Kampung Guar Tinggi kini dengan 132 orang daripada 36 keluarga," menurut Mohd Izaimi.

 

Diikuti PPS Dewan Warisan, Kangar dengan 109 penduduk daripada 33 keluarga.

 

Satu lagi, PPS SK Guar Nangka menempat seramai 73 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 22 keluarga dari Kampung Rambai, Kampung Banggol Sena, Kampung Gial, Kampung Bukit dan Kampung Kuala Tunggang.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE