Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Program Transformasi DiRaja Perkukuh Hubungan Tentera dan Komuniti di Kuala Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Program Transformasi DiRaja Perkukuh Hubungan Tentera dan Komuniti di Kuala Perlis

Program Transformasi DiRaja Perkukuh Hubungan Tentera dan Komuniti di Kuala Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 28 November 2024 15:47

Kuala Perlis – Markas 30 Briged Infantri Tentera Darat Malaysia telah melaksanakan Program Civil-Military Cooperation (CIMIC) MINDEF Teras 4 Peringkat 30 Briged di Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis yang bermula dari pukul 8:00 pagi hingga jam 7:00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Pameran Senjata dan Kenderaan Tentera, Demonstrasi Masakan Rangsum Tempur, Pemeriksaan Kesihatan dan Gotong-Royong Perdana serta beberapa aktiviti lain yang melibatkan penyertaan pegawai dan anggota 30 Briged serta masyarakat setempat Kampung yang terlibat dalam Program Transformasi DiRaja tersebut.

 

Raja Muda Perlis mencemar duli menyantuni masyarakat tempatan.

 

 

Program yang turut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan rakyat dan seluruh komuniti masyarakat dalam aspek pertahanan serta keselamatan negara. Demikian dipersembah maklumkan oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Baginda berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis tersebut walaupun dalam keadaan hujan lebat yang melanda negeri ini sejak beberapa hari yang lalu.

 

 

Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim memberi sembah maklum kepada Raja Muda Perlis.

 

 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Selepas itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli bagi menyantuni dan mendekati para asnaf di sekitar kampung tersebut.

Kayuhan amal pada edisi kali ini turut disertai oleh para pegawai kanan serta anggota lain-lain pangkat Markas 30 Briged Infantri serta ketua-ketua jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan dalam usaha membantu golongan asnaf dan menyelami kesusahan dan kepayahan mereka seterusnya menyalurkan bantuan yang sewajarnya.

 

Tuanku Raja Muda berkenan untuk singgah bagi menyampaikan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini terdiri kepada Ali Jaya Pin, 71 tahun dari Taman Wai Permai, Aminah Othman, 95 tahun dari Kampung Seberang Tandiap dan Ah Saad, 93 tahun dari Kampung Seberang Alor.

 

Masing-masing menerima setiap seorang bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah bagi membantu menampung keperluan harian mereka.

 
Kredit Foto: Media Raja Muda Perlis
 
 
Sumber: Jendela Madani

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE