Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 28 November 2024 15:42

27 November 2024. Padang Besar. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi malam ini.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 bagi pembelian keperluan tambahan untuk para penghuni di PPS tersebut.

 

 
 

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin, serta Reswan Ramli yang mewakili Bahagian Pentadbiran Daerah j(BPD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

 

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Haji Najmuddin Abdul Karim.

 

Dalam titahnya, Tuanku Raja Muda menasihati para penghuni PPS agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang berada di pusat pemindahan tersebut. Baginda turut mengingatkan agar mereka mematuhi segala arahan daripada petugas demi kelancaran pengurusan bencana.

 

 

Setakat ini, terdapat tiga PPS utama yang dibuka di negeri Perlis, iaitu di Sekolah Kebangsaan Arau, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi, bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

 

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat jelata, sekali gus memberi semangat kepada mangsa bencana untuk terus tabah menghadapi cabaran ini.



 




 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE