MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR 26 Nov. – Syarikat MyUS Autotech akan memperkenalkan inisiatif terbaru iaitu ‘Perlis Eco-Bike Tour’ yang merupakan salah satu produk inovatif yang menawarkan pengalaman pelancongan yang menampilkan konsep kelestarian di sekitar negeri ini dengan menggunakan motosikal elektrik (EV) yang menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan mesra ekologi.
Demikian dipersembahmaklumkan oleh Pengerusi Eksekutif MyUS Group, Datuk Nellsen Young kepada
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan berangkat menyempurnakan majlis Perasmian Showroom MyUS Autotech Sdn. Bhd. dan Pejabat Smart Leisure & Travel Sdn. Bhd. Cawangan Kangar di Kangar Jaya, Kangar.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Sumber: Suara Merdeka