Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mubaligh dianugerah ijazah kehormat doktor KUIPs

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Mubaligh dianugerah ijazah kehormat doktor KUIPs

Mubaligh dianugerah ijazah kehormat doktor KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 26 November 2024 09:28

KANGAR 25 Nov. – Mubaligh Datuk Mohd Hussain Yee dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Dr.) Pengajian Islam oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 kolej universiti berkenaan yang kini baru diistyharkan dinaiktaraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin atau singkatanya (UniSIRAJ) pada sabtu.

 

Pada konvokesyen yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor di Dewan 2020 Kangar ini seramai 837 graduan termasuk juga yang diraikan adalah Alumni KUIPs Tahun 2020 dan Tahun 2021 yang terjejas dengan pandemik COVID-19 turut menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Tuanku Raja Muda menitahkan ucapan tahniah kepada Pengurusan KUIPs atas inisiatif memanggil semula graduan untuk diraikan secara khusus dalam Istiadat Konvokesyen pada kali ini kerana pada tahun 2020 dan 2021 Istiadat Konvokesyen diadakan secara hybrid.

 

 
 

Daripada jumlah ini seramai 379 menerima Ijazah Sarjana Muda, dan 458 Diploma. Ini juga merupakan satu kejayaan yang dibanggakan dan membuktikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

 

Marsya Nasrin Mohd dinobatkan Anugerah Canselor (Martabat Al-Syaraf Al-Ula) 2024 dan Nurin Wahidah Masrizal menerima Martabat Al-Syaraf Al-Ula 2020.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap para graduan yang diraikan memastikan semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi titik tolak dalam kehidupan masing-masing untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

 
 



 


 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE