Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Siemens, Dhaya Maju meterai kerjasama digitalkan sistem kereta api negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) mencemar duli menyaksikan MoU antara Siemens dan Dhaya Maju sempena InnoTrans 2024 di Berlin. Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) mencemar duli menyaksikan MoU antara Siemens dan Dhaya Maju sempena InnoTrans 2024 di Berlin.

Siemens, Dhaya Maju meterai kerjasama digitalkan sistem kereta api negara

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 03 Oktober 2024 11:09

Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Siemens Mobility Sdn Bhd (Siemens) dan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Berhad.

 

Majlis berlangsung sempena International Trade Fair for Transport Technology (InnoTrans) 2024 selaku pameran perdagangan antarabangsa terkemuka teknologi pengangkutan dan kereta api yang berlangsung di Berlin, Jerman.

 

MoU ini menandakan langkah penting dalam usaha mendigitalkan sistem kereta api di Malaysia dan meningkatkan perkhidmatan rel negara.

 

Dalam MoU ini, Siemens diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia Pasifik, Michel Obadia dan CEO, Ben Chong Kok Pen, manakala Dhaya Maju (Asia) Sdn Berhad diwakili Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Dr Subramaniam Pillai dan Pengerusinya, Tan Sri Mohamed Azumi Mohamed.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin dan Presiden Malaysian Rail (MARIC), Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

 

Melalui siaran media dikongsi, kedua-dua pihak memaklumkan kerjasama dimeterai ini adalah satu inisiatif transformasi yang bertujuan mempertingkatkan industri rel Malaysia melalui penerapan teknologi digitalisasi terkini.

 

"Inisiatif ini dijangka mampu merevolusikan sistem kereta api Malaysia dengan meningkatkan kapasiti, mengurangkan kelewatan, meningkatkan keselamatan, serta mengurangkan kos operasi.

 

"Ini akan membawa kepada perkhidmatan kereta api yang lebih cekap dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia."Majlis menandatangani MoU ini juga menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan rangkaian rel yang lebih efisyen dan moden di Malaysia, selaras visi negara untuk meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam demi manfaat generasi masa depan," kata kenyataan itu.

 

 

Sumber: myMetro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE