Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

Raja Muda Perlis santuni mangsa banjir

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 September 2024 10:31

KANGAR, 21 September- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sena (SK Sena).

 

Ketika ini, empat keluarga masih ditempatkan di PPS SK Sena menerima sumbangan 'MAIPs Peduli' yang disampaikan oleh baginda selaku Yang DiPertua MAIPs.

 

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah atas ujian dan musibah yang menimpa dan berharap agar para mangsa mengambil langkah serta tindakan perlu sepanjang menghadapi musim bencana ini.

 

"Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar memastikan tindakan mengurangkan risiko banjir seperti meletakkan peralatan elektrik di tempat tinggi, menyimpan dokumen penting di kawasan selamat dan memastikan pepasangan elektrik di rumah dalam keadaan tidak berbahaya," titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE