Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ketua Jabatan Perlu Cakna Tahap Efisyen Kakitangan – Pemangku Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Ketua Jabatan Perlu Cakna Tahap Efisyen Kakitangan – Pemangku Raja Perlis

Ketua Jabatan Perlu Cakna Tahap Efisyen Kakitangan – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 26 August 2024 16:39

KANGAR 21 Ogos – Ketua-ketua Jabatan dan agensi atau sebarang organisasi disarankan untuk memantau dan cakna serta memberi peringatan kepada para pegawai dan anggotanya akan setiap tugasan dan tanggungjawab mereka seharusnya dijalankan dengan efisyen dan baik.

 

Setiap pekerja pula perlu melunaskan tanggungjawab dan tugasan yang telah diberikan tanpa paksaan atau di bawah pengawasan ketua unit atau jabatan dengan kerap, secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang kondusif dan menyumbang kepada hasil kerja yang sangat memuaskan.

Sebagai orang Islam, tugasan yang diberikan wajar dijalankan dengan penuh amanah, bertanggungjawab, berdisiplin kerana pekerjaan ini juga merupakan suatu ibadah yang dituntut oleh Allah SWT.

Para pekerja perlu mengambil langkah yang proaktif sekiranya menghadapi sebarang permasalahan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan atau gagal menyiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan dengan merujuk kepada pihak atasan atau pihak berkepentingan bagi mencari jalan penyelesaian dan solusi yang terbaik dari awal lagi dan bukan apabila sudah gagal sepenuhnya.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Padang Malau, Beseri baru-baru ini.

Baginda turut diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang juga Waris Kedua Negeri Perlis, serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan bagi menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Peluang ini juga digunakan untuk menyelami dan cakna akan masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang bernasib baik seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membantu golongan ini.

Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyempurnakan sumbangan daripada MAIPs kepada Saliah Jamil, 79 tahun dari Kampung Bukit Merah, Azura Bis, 52 tahun dari Kampung Padang Malau dan Nor Rushida Che Rejab, 50 tahun dari Kampung Padang Malau.

Asnaf yang terpilih pada edisi kali ini menerima bantuan tunai RM700, Kits MAIPs Peduli, serta beras fidyah bagi mengurangkan beban keluarga ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan meluangkan masa mengadakan lawatan ke Homestay E One Cottage Family yang menyediakan 5 unit bilik standard, 5 unit bilik keluarga dan 1 unit ‘E One Room’ yang dilengkapi dengan semua keperluan asas, tempat letak kenderaan yang luas serta penghawa dingin bagi setiap unit.

Rumah inap ini turut dilengkapi dengan fasiliti seperti kolam renang dan bbq pit serta persekitaran yang dikelilingi oleh pemandangan hijau sawah padi dan jauh dari kesibukan ibu kota.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE