Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Budaya Kerja Positif Asas Produktif – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Budaya Kerja Positif Asas Produktif – Pemangku Raja Perlis

Budaya Kerja Positif Asas Produktif – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 Ogos 2024 10:45

KANGAR 21 Ogos – Setiap pekerja khususnya pimpinan tertinggi sesebuah organisasi dalam jabatan, agensi kerajaan ataupun swasta harus menerapkan elemen menepati janji bagi mewujudkan budaya dan persekitaran yang produktif dan konstruktif.

 

Faktor yang menentukan produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi itu adalah apabila setiap daripada ahlinya memberikan komitmen pada tahap paling maksimum, tekun dan produktif. Secara tidak langsung ianya dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi kepada syarikat atau produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Budaya kerja positif seumpama ini akan membina semangat dan kemahuan buat para pekerja untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, komited terhadap organisasi dan pekerjaan serta melahirkan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam industri tertentu.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Titi Tok Bandar, Kangar.

Kayuhan amal itu turut disertai oleh ketua-ketua agensi Negeri dan Persekutuan serta swasta bagi menyelami sendiri dan mengenal pasti golongan yang kurang bernasib baik ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian bagi membantu mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan kurniaan dan sumbangan MAIPs kepada para asnaf yang terpilih iaitu Ahmad Bakar, 70 tahun dari Kampung Titi Tok Bandar, Zakaria Safie, 53 tahun dari Kampung Telaga Idi dan Marlia Rosli, 38 tahun dari Kampung Panggau.

Setiap penerima menerima bantuan wang tunai bernilai RM700, Kit MAIPs Peduli serta dua kampit beras fidyah bagi menampung keperluan harian mereka.

Tuanku Pemangku Raja turut berkenan untuk singgah melawat sebuah kapal terbang lama jenis Fokker 50 yang ditempakan di tengah bendang di Kampung Panggung, Tok Kuning. Jaraknya yang hanya sekitar 300 meter dari jalan raya utama.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE