Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis ingatkan aset kerajaan harus diurus dengan baik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis ingatkan aset kerajaan harus diurus dengan baik

Pemangku Raja Perlis ingatkan aset kerajaan harus diurus dengan baik

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Ogos 2024 15:31

ARAU 17 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan agar aset dan hartanah Kerajaan perlu sentiasa diurus dengan berhemah dan ditadbir penuh cekap.

 
 

 

 

Titah Baginda, hal ini adalah bagi mengoptimumkan hasil dan manfaat kepada Kerajaan dan mengelakkan daripada sekali-kali mengalami kerugian jangka pendek mahupun panjang.

 

“Kajian mendalam dan seterusnya perancangan yang berstrategi perlu dilaksanakan dalam memastikan pengurusan aset dan hartanah Kerajaan dapat diurus dengan cara yang terbaik,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

Tambah Tuanku Pemangku Raja, demikian juga sesuatu kerjasama yang dilaksanakan dengan mana-mana pihak harus dipastikan dapat dilaksanakan dengan telus tanpa sebarang kepentingan serta memberikan hasil seperti yang dipersetujui awal melalui tindakan susulan.

 

 

 

Demikian titah Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menyampaikan Sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 70 orang penerima dari Anak Kariah Tambun Tulang dan 70 orang lagi dari Anak Kariah Behor Mempelam dalam satu program yang diadakan di Masjid Ibnu Taimiyah, Tambun Tulang baru-baru ini.

 

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Majlis sumbangan ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi meringankan beban dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di negeri ini berdasarkan kariah masing-masing.

 

Setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM 700 daripada MAIPs, pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma, ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ dari pihak MAIPs.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE