Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs lahir tenaga mahir asnaf

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs lahir tenaga mahir asnaf

MAIPs lahir tenaga mahir asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 14 August 2024 12:17

KANGAR 13 Ogos – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberikan fokus kepada melahirkan tenaga pekerja mahir dari golongan asnaf di negeri Perlis.

 

MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) telah menganjurkan pelbagai kursus-kursus latihan kemahiran industri dalam pelbagai bidang secara langsung mahupun tidak langsung seperti automasi industri, operasi mesin, building operation,’ zero to hero welder’, latihan mekanikal, ‘non destructive testing’ dan sebagainya.

Buat masa ini, sekitar 1,300 peserta anak-anak negeri Perlis telah berada di pasaran pekerjaan di seluruh negara dan bersedia untuk kembali berkhidmat di negeri Perlis setelah peluang pekerjaan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) tersedia kelak.

 

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan media MAIPs selepas berkenan berangkat melawat ke Pusat Perkhidmatan Koreksional Wanita Windhoek di Namibia sempena program Safar Ilmi MAIPs baru-baru ini.

 

Keberangkatan Baginda disambut oleh Komisioner Jeneral Perkhidmatan Koreksional Namibia ,Raphael Hamunyela dan Pengarah fasiliti berkenaan, Asisten Komisioner Julia N Nauvinga.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda yang juga waris yang kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

 

Turut mengiring ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya barsama-sama Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Baginda tertarik dengan kemudahan dan konsep pengajaran latihan kemahiran serta pendidikan yang dilaksanakan di Namibia yang Baginda sifatkan sebagai selesa dan seimbang dengan memberikan penekanan kepada aspek jasmani, intelek dan emosi penghuninya.

Konsep penjara sebagai tempat hukuman semata -mata tidak lagi relevan, di saat keperluan tenaga produktif diperlukan di seluruh dunia.

 

“Usaha memulihkan dan mengintegrasikan semula penghuni penjara adalah usaha yang amat baik dan akan meningkatkan produktiviti sesebuah negara”.

 

Titah Tuanku Pemangku Raja lagi, ‘Usaha yang tersusun perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan yang berada dalam kalangan masyarakat, tidak ‘terpenjara pada jiwa mereka’, kerana ketinggalan dalam arus modenisasi pembangunan negara’.

 

“Perkara negatif seperti terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah, pengabaian pelajaran dan kegagalan institusi keluarga adalah faktor penyumbang yang boleh menggagalkan gagasan untuk mewujudkan ekosistem pembangunan modal insan yang produktif dalam kalangan muda belia’, jelas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE