Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Berangkat Ketuai Lawatan Khas Ke Namibia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis Berangkat Ketuai Lawatan Khas Ke Namibia

Pemangku Raja Perlis Berangkat Ketuai Lawatan Khas Ke Namibia

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Julai 2024 15:53

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Namibia dalam lawatan khas disertai delegasi berprofil tinggi negeri itu antara 22 hingga 24 Julai.

 

Turut berangkat, anakanda baginda Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiringi keberangkatan ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Semasa di Namibia, delegasi mengunjungi Pusat Islam Windhoek, organisasi Islam utama di Namibia untuk pertemuan dengan umat Islam dan ahli lembaga pengarah mereka, sambil mengadakan perbincangan termasuk potensi kerjasama seperti sumbangan kepada dapur umum.

Menurut kenyataan dikongsi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek pada Khamis, delegasi turut membincangkan pemberian 15 biasiswa untuk pelajar Muslim di Namibia bagi melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Malaysia.

Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan replika cek AS$4,000 untuk menyokong keperluan komuniti Muslim semasa solat hari raya, termasuk pembelian khemah tertutup dan pemanas untuk keadaan musim sejuk.

Delegasi itu juga melawat Masjid Al Hidayah, terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari Windhoek untuk menilai keadaan madrasah dan mendengar bacaan Al-Quran oleh kanak-kanak Muslim.

Syed Faizuddin dan putera baginda berkenan menghidangkan sup kepada mereka yang memerlukan di Pusat Islam dan Masjid Al Hidayah.

Baginda turut berangkat melawat International University of Management (IUM) Namibia selaku university seinduk UniMAP, yang juga disertai delegasi untuk bertemu dengan pengasas, ahli lembaga pengarah, pensyarah dan pelajar.

Pemangku Raja Perlis turut berkenan menanam pokok kurma Medjool Namibia di universiti itu sebagai tanda persahabatan antara Malaysia dan Namibia.

Semasa di Namibia, delegasi berkenaan melawat Pusat Pemulihan Namibia, Muzium Kemerdekaan Namibia, sebuah stadium bola sepak dan Perbadanan Penyiaran Namibia (NBC).

Delegasi juga melawat Rumah Sembelihan Daging Halal Namibia (MEATCO) untuk melihat operasinya dan meneroka peluang kerjasama lanjut untuk meningkatkan perdagangan Malaysia-Namibia.

Sumber daripada Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE