Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Perlis Saran Komuniti Global Bersatu, Hayati Semangat 'Global Village' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Perlis Saran Komuniti Global Bersatu, Hayati Semangat 'Global Village'

Pemangku Raja Perlis Saran Komuniti Global Bersatu, Hayati Semangat 'Global Village'

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Julai 2024 15:43

WINDHOEK (NAMIBIA): Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahsaran mengenai kepentingan untuk melihat komuniti global terus bersatu dengan mengurangkan sebarang jurang ketidaksamaan yang wujud antara negara.

 

Baginda melalui kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) bertitah, untuk itu konsep 'World Family' atau 'Keluarga Dunia' perlu diterima pakai semua, sekali gus menyatukan mereka melalui semangat 'Global Village' atau 'Perkampungan Sejagat'.

"Konsep 'World Family' sekiranya diterima semua orang, maka semangat 'Global Village' dapat mengurangkan sebarang jurang ketidaksamaan antara negara dan seterusnya menyatukan semua. 

"Lebih banyak usaha dan kerjasama yang perlu terus dilaksanakan untuk lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Ia juga antara kunci kejayaan bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), selaras pengukuhan institusi dan keadilan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melawat ibu pejabat Namibian Broadcasting Corporation (NBC) iaitu stesen penyiaran awam dan rasmi milik kerajaan Namibia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio serta televisyen beroperasi di Cullinan Street Northern Industrial Area di sini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail disambut Ketua Pengarah NBC, Stanley B Similo; Ketua Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa; Peter Denk serta Ketua Bahagian Berita dan Program; Menesia Muinjo.

Istilah 'Global Village' digunakan untuk menyatakan idea bahawa semua orang di seluruh dunia saling berhubung melalui penggunaan teknologi media baharu.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah adalah penting untuk melihat komuniti global terus bersatu.

"Meskipun datang dari negara dan rantau berbeza, ia bukanlah penghalang kerana kita dapat berhubungan melalui kemajuan media dan komunikasi pada hari ini.

"Seluruh penduduk dunia kini adalah warga universal sebagai 'Global Village' yang hidup sebagai sebuah keluarga yang besar," titah baginda.

Terdahulu Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya tampil secara langsung dalam temu bual segmen antarabangsa program television 'Good Morning' bagi memperkenalkan Perlis dan MAIPs serta menerangkan mengenai program Safar Ilmi selama tiga hari ke negara itu yang diketuai sendiri Pemangku Raja Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Dari stesen NBC itu, baginda berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hosea Kutako Windhoek bagi menamatkan lawatan khas ke Namibia yang padat dengan program penuh berimpak selama tiga hari membabitkan program agama, ekonomi khususnya industri halal, kemanusiaan, kemasyarakatan, masakan, pelancongan dan sukan yang diaturkan pihak Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek.

Turut serta dalam delegasi baginda ialah Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE